Home Koronavirus Calon STAM dan SPM Maahad Johor bakal terima vaksin

Calon STAM dan SPM Maahad Johor bakal terima vaksin

0
Calon STAM dan SPM Maahad Johor bakal terima vaksin

KLUANG- Seramai 196 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Johor bakal menerima suntikan vaksin selewat- lewatnya Ogos ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, senarai nama 170 calon STAM dan 26 SPM itu telah diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

“Saya harap Julai atau Ogos calon SPM dan STAM Maahad Johor akan divaksin. Vaksin perlu diberikan lebih awal memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan penting,” katanya.

Pada 18 Jun lalu, Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, calon peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan depan.

Sebelum itu, Tosrin menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memperoleh Mumtaz Sufi, Nur Aini Norazmi, 19, di Simpang Renggam, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Samsudin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here