Home Koronavirus Buka PPV khas untuk murid sekolah: NUTP

Buka PPV khas untuk murid sekolah: NUTP

0
Buka PPV khas untuk murid sekolah: NUTP

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan kerajaan menyediakan pusat pemberian vaksin (PPV) khas untuk murid sekolah dan tidak bersekali dengan PPV umum.

Setiausaha Agung NUTP, Wang Heng Suan berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko murid sekolah daripada dijangkiti wabak Covid-19.

“NUTP merayu agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beberapa buah sekolah dijadikan sebagai PPV mengikut daerah atau zon bagi membolehkan murid sekolah mendapat vaksinasi.

“Langkah ini akan lebih memudahkan pengurusan murid sekolah mendapatkan vaksinasi masing-masing secara berperingkat dan boleh mengenal pasti murid yang tidak mendapat sebarang vaksinasi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu, beliau turut berharap pihak berwajib dapat memastikan guru diberi keutamaan melengkapkan vaksinasi kerana mereka merupakan kumpulan barisan hadapan.

Beliau berkata, NUTP turut menyarankan kerajaan memastikan pekerja di sekolah seperti petugas kantin, pembersihan sekolah dan pengawal keselamatan turut mendapat vaksinasi lengkap sebelum sekolah mula dibuka secara berperingkat pada 3 Oktober ini.

Mengenai pembukaan sekolah itu, Heng Suan berharap KPM dapat mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan murid, guru dan masyarakat setempat terjamin dan terhindar daripada jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah pada 3 Oktober iaitu dilewatkan berbanding 1 September seperti yang diumum sebelum ini.

Mohd Radzi berkata bagaimanapun, pembukaan sekolah tidak dibenarkan bagi negeri-negeri dalam Fasa Satu PPN dan bagi negeri-negeri Fasa Dua, pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan manakala bagi Fasa Tiga, pembukaan penuh dibenarkan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here