Home Koronavirus Belum masanya untuk rentas negeri: KKM

Belum masanya untuk rentas negeri: KKM

Belum masanya untuk rentas negeri: KKM

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan belum masanya kebenaran untuk rentas negeri diberikan walaupun jumlah kes jangkitan baharu menunjukkan penurunan setiap hari.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa kluster baharu telah dikesan akibat pergerakan rentas negeri yang menunjukkan pandemik tersebut masih berbahaya dan jangkitan mudah berlaku.

Tambah KKM, pihaknya mengambil contoh Kluster Bukit Bayas di Terengganu dan Kluster Pasai di Sarawak yang berlaku akibat aktiviti rentas negeri untuk menziarahi ahli keluarga meninggal dunia.

“Bermula dengan majlis tahlil yang dihadiri 45 ahli keluarga termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang akhirnya ia menjadi kluster apabila 15 daripada mereka disahkan positif Covid-19.

“Kontak rapat keluarga menjangkiti kontak rapat di tempat kerja dan kontak rapat sosial termasuk rakan joging serta rakan bermain golf.

“Kluster Bukit Bayas adalah kluster rentas negeri terbaharu di Terengganu membabitkan 48 kes positif setakat 12 Mac dan merebak di lima daerah,” kata KKM dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Dalam kenyataan sama, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi berkata, kes tersebut pernah berlaku di Besut, Terengganu, apabila ahli keluarga dari Kuantan dan Johor menziarahi nenek berusia 100 tahun yang sakit tua.

Status Terkini #COVID19, 13 Mac 2021

Kes sembuh=1,830

Jumlah kes sembuh=304,492 kes

Kes baharu positif=1,470 kes (1,458 tempatan, 12 import)

Jumlah positif=322,409

Kes kematian=3

Jumlah kes kematian=1,206 kes

Kes dirawat di ICU=162 kes

Bantuan Alat Pernafasan=70 kes pic.twitter.com/S6kwwkmLZw

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 13, 2021

Pergerakan tersebut menyebabkan lima ahli keluarga dikesan positif Covid-19 termasuk nenek yang uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan, Kluster Pasai di Sarawak pula melibatkan aktiviti rentas negeri kes indeks dari Johor yang pulang ke Sibu bagi menghadiri pengebumian mendiang bapanya sebelum menyebarkan jangkitan ke rumah panjang.

“Lebih 2,600 individu dikesan positif dan kluster itu masih aktif dan merebak hingga generasi keenam. Dua kluster ini menjadi contoh mengapa pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya.

Pergerakan rentas negeri untuk kes kecemasan dibenarkan namun individu yang mahu berbuat demikian perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk melindungi ahli keluarga daripada risiko penularan Covid-19.

Jika diri kita kurang sihat dan bergejala, langkah paling selamat untuk diri sendiri dan orang lain ialah tidak perlu rentas negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here