Home Koronavirus Beberapa kawasan di lima negeri dikenakan PKPD

Beberapa kawasan di lima negeri dikenakan PKPD

0
Beberapa kawasan di lima negeri dikenakan PKPD

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pahang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak bermula 11 Jun hingga 24 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat tiga lokaliti di Pahang dikenakan PKPD iaitu Felda Tembangau 1 dan 3 di Bera dan Felda Jengka 7 di Maran.

Menurutnya, PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3 di Raub pula dilanjutkan hingga 24 Jun ini.

Beliau berkata, turut dikenakan PKPD ialah dua lokaliti di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Kutan Tengah dan Kampung Keti.

Selain itu, katanya, kerajaan turut melaksanakan PKPD di Felda Inas, Kulai di Johor dan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching, Sarawak.

Di Sabah, PKPD dikenakan di Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San di Kudat dan Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho dekat Kinabatangan.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here