Home Koronavirus Bazar Ramadan, Aidilfitri PKP ditutup mulai Isnin ini

Bazar Ramadan, Aidilfitri PKP ditutup mulai Isnin ini

0
Bazar Ramadan, Aidilfitri PKP ditutup mulai Isnin ini

KUALA LUMPUR – Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup, mulai Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) akan ditutup selama tiga hari, berkuat kuasa serta-merta.

“Kerajaan pernah memberi amaran prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan di semua kawasan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya kes Covid-19 meningkat di seluruh negara.

“Ketika ini, kerajaan meneliti SOP dan sekiranya berlaku pertambahan kes harian, kita akan mendapatkan nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan SOP itu diperketatkan,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here