Home Koronavirus ‘Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga’

‘Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga’

0
‘Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga’

“BANTULAH kami untuk bantu anda dan keluarga”. Itu rayuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyatakan petugas barisan hadapan sudah penat, namun digagahi demi menyelamatkan nyawa orang ramai.

Beliau berkata demikian di akaun Facebooknya pada awal pagi Isnin ketika jumlah kes aktif di negara merekodkan 78,017 kes setakat Ahad.

Dilaporkan, setakat semalam, jumlah pesakit yang ditempatkan di Unit rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar dalam hantaran yang sama yang memperlihat petugas kesihatan sedang merawat pesakit serta pengurusan korban Covid-19.

Sehingga Ahad, negara catat penurunan kes harian Covid-19 dengan 6,993 kes dengan pertambahan 79 kes kematian.

Negara mencatat kes baharu tertinggi pada Sabtu dengan 9,020 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here