Home Koronavirus Australia rekod jangkitan komuniti pertama varian Omicron

Australia rekod jangkitan komuniti pertama varian Omicron

0
Australia rekod jangkitan komuniti pertama varian Omicron

SYDNEY – Pihak berkuasa Australia pada Selasa mengesahkan jangkitan komuniti pertama melibatkan varian Omicron.

Jurucakapnya memaklumkan individu sudah menerima dos lengkap itu telah berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Sydney sebelum didiagnos positif.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua penumpang yang menaiki pesawat bersama individu itu diarahkan untuk mengasingkan diri selama 14 hari tanpa mengira status vaksinasi mereka,” ujarnya.

Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan varian Omicron di negara itu kini meningkat kepada enam kes.

Bagaimanapun, ia adalah kes pertama melibatkan individu yang didakwa aktif dalam komuniti manakala kes lain telah dikuarantin, asimptomatik atau menunjukkan gejala ringan.

Difahamkan, pihak berkuasa juga sedang melakukan ujian genom segera untuk menentukan sama ada dua kes positif lain dalam penerbangan yang sama adalah Omicron.

Ketika ini, Australia telah menangguhkan pembukaan semula sempadan kepada dua minggu lagi, kurang 36 jam sebelum pelajar antarabangsa dan golongan migran berkemahiran dibenarkan memasuki semula negara itu. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here