Home Koronavirus ATM sedia bina lebih banyak Field ICU

ATM sedia bina lebih banyak Field ICU

0
ATM sedia bina lebih banyak Field ICU

KEPALA BATAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina lebih banyak Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di Pulau Pinang jika diperlukan berikutan peningkatan pesakit Covid-19 sekarang ini.

Panglima Dua Divisyen Markas Divisyen Kedua Infrantri Kem Tun Razak, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata, pihaknya bersedia termasuk dari segi kelengkapan dan peralatan bagi membina Field ICU di hospital lain bagi memberi bantuan perubatan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan orang ramai.

“Ketika ini hanya satu Field ICU yang dibangunkan oleh ATM dengan kerjasama KKM di Hospital Kepala Batas (HKB) dan ia merupakan contoh terbaik kemungkinan pembinaan Field ICU lain di sini (Pulau Pinang) atau negeri lain yang memerlukan berikutan peningkatan kes Covid-19 sekarang ini

“Dari segi kelengkapan dan peralatan, kita (ATM) telah bersiap sedia dan secara holistik, kami menunggu arahan daripada menteri pertahanan serta pihak panglima untuk membantu membina Field ICU bagi mereka yang memerlukan, ATM juga bersedia membantu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Field ICU HKB di sini pada Khamis.

Turut hadir ialah Komander Field ICU HKB, Leftenan Kolonel Dr Mohd Zamri Derahman dan Penolong Pengarah (Perubatan) HKB, Dr Hor Chee Peng.

Mengulas mengenai Field ICU di HKB, Arman Rumaizi berkata, Field ICU yang boleh menempatkan 27 katil bagi menampung bilangan pesakit Covid-19 kritikal yang memerlukan rawatan rapi beroperasi dengan ia akan mula beroperasi Isnin ini kerana beberapa isu teknikal perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Katanya pembinaan Field ICU itu telah siap sepenuhnya hari ini namun pihaknya bersama pasukan perubatan HKB akan menjalankan beberapa ujian bermula esok dan ‘dry run’ bagi menguji semua peralatan perubatan pada Ahad.

“Ahad ini final “dry run” dan kami akan kaji semua aspek termasuk teknikal, perubatan, keperluan kemudahan dan paling penting prosedur operasi standard (SOP) keselamatan di ICU yang perlu diperketat sebelum Field ICU beroperasi sepenuhnya pada Isnin nanti.

“Saya harap semuanya berjalan lancar dan Field ICU ini sebenarnya bukan hanya kerjasama antara ATM dan KKM sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai agensi lain termasuk pihak Tenaga Nasional Berhad(TNB) serta Jabatan Kerja Raya..ini semua adalah untuk membantu rakyat,” katanya.

Field ICU dibina menggunakan konsep hibrid dengan empat kontena ATM digunakan untuk menempatkan 12 katil dan 15 katil lagi ditempatkan di empat khemah yang didirikan di kawasan parkir dalam HKB. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here