Home Koronavirus Anwar terima suntikan vaksin Covid-19

Anwar terima suntikan vaksin Covid-19

0
Anwar terima suntikan vaksin Covid-19

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkongsi mengenai perkara itu selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 daripada sekumpulan bertugas perubatan diketuai oleh Dr Murugesu Raju di klinik kesihatan tersebut.

“Terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses berlangsung,” katanya di laman Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut menggesa rakyat untuk segera mendaftarkan diri mereka untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dan jangan berlengah lagi.

“Saya juga berharap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya.

Pada Isnin, beberapa ahli Parlimen menerima suntikan vaksin Covid-19 termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here