Home Koronavirus Ambil peluang vaksin anak di PPV pusat beli-belah

Ambil peluang vaksin anak di PPV pusat beli-belah

0
Ambil peluang vaksin anak di PPV pusat beli-belah

KOTA KINABALU – Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung ketika ini, ibu bapa disaran mengambil peluang mendapatkan vaksin Covid-19 untuk anak-anak mereka di pusat pemberian vaksin (PPV) yang dibuka di beberapa pusat beli-belah di negeri ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Dr Suhaila Osman berkata, pencapaian bagi PICKids di Kota Kinabalu ketika ini masih rendah.

Menurut beliau, cuti persekolahan merupakan masa yang tepat kerana bagi menghasilkan imuniti dalam badan memerlukan tempoh kira-kira dua minggu,

“Inilah masa yang tepat untuk membenarkan anak-anak menerima vaksin dan kita menyediakan pelbagai tempat terutama di pusat beli- belah di pusat bandar,” katanya kepada pemberita mengenai perkembangan PICKids di Kota Kinabalu selepas menghadiri Operasi Penguatkuasaan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Bersepadu di Jalan Gaya, di sini, pada Isnin.

Jelasnya lagi, peluang itu harus diambil oleh ibu bapa sebagai persediaan untuk kanak-kanak memulakan sesi persekolahan pada 21 Mac ini.

“Menurut data yang dianalisis Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) meningkat kerana mereka tidak pernah menerima vaksin sebelum ini.

“Jadi kemungkinan untuk mereka menerima jangkitan agak tinggi dan analisis juga mendapati kebanyakan kes yang berlaku baru-baru ini ketika gelombang Omicron membabitkan kanak-kanak di bawah 12 tahun,” katanya.

Sebelum itu, Suhaila turut memaklumkan ibu bapa boleh mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka di pusat beli-belah Imago, Centre Point, One Borneo, Klinik Kesihatan, Dewan Serbaguna Luyang dan Pusat Komersil Teknologi Antarabangsa (ITCC), Penampang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here