Home Koronavirus 99 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam

99 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam

99 kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam

PUTRAJAYA – Sebanyak 99 kematian baharu berkaitan Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam pada Ahad.

Menerusi data yang dikeluarkan di laman sesawang COVIDNOW, jumlah pelaporan kematian diundur tarikh (backlog) adalah 193 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 106 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlahnya, 3,782 kes.

Sabah melaporkan kes kematian tertinggi iaitu 84 kes diikuti Selangor (45), Kedah (36), Negeri Sembilan (29), Kuala Lumpur (18), Pulau Pinang (16), Kelantan (13), Perak (11), Sarawak (sembilan), Pahang (tujuh), Terengganu (empat), Melaka dan Perlis (dua).

Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 20,711 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here