Home Koronavirus 99.88 peratus kes harian di Sarawak kategori satu, dua

99.88 peratus kes harian di Sarawak kategori satu, dua

0
99.88 peratus kes harian di Sarawak kategori satu, dua

KUCHING – Sebanyak 1,665 kes atau 99.88 peratus daripada keseluruhan 1,667 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Rabu adalah daripada kategori satu dan dua.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu daripada kes baharu itu berada di kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan satu kes lagi di kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Kategori satu melibatkan kes jangkitan yang tiada gejala manakala kategori dua hanya melibatkan gejala ringan.

Pertambahan kes baharu ini juga menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Sarawak kini mencecah 103,048 kes.

JPBN dalam satu kenyataan turut memaklumkan terdapat lima kematian baharu direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 508 orang.

Selain itu, PBN Sarawak juga mengisytiharkan satu kluster komuniti baharu iaitu Kluster Opar yang melibatkan penduduk di Kampung Opar di Bau.

“Setakat ini, seramai 66 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 131 individu,” menurutnya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here