Home Koronavirus 99.35 peratus kes baharu Covid-19 kategori satu, dua

99.35 peratus kes baharu Covid-19 kategori satu, dua

0
99.35 peratus kes baharu Covid-19 kategori satu, dua

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 10,052 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.35 juta.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Sbdullah berkata, daripada jumlah itu, 9,987 kes (99.35%) adalah dalam kategori satu dan dua.

Manakala 65 kes (0.65%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada 65 kes Covid-19 kategori tiga, empat dan lima yang baharu dilaporkan pada 13 April 2022, 21 kes (32.31%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 18 kes (27.69%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster).

“Sementara itu, 26 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster), 33 kes (50.77%) berumur 60 tahun dan ke atas, 36 kes (55.38%) mempunyai komorbid dan satu kes (1.54%) ibu mengandung,” jelasnya.

Sebanyak 161 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 15,893.

Semalam, tiga kluster baharu direkodkan, dengan 113 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.85, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here