Home Koronavirus 98.4 peratus daripada kes baharu kategori satu, dua

98.4 peratus daripada kes baharu kategori satu, dua

98.4 peratus daripada kes baharu kategori satu, dua

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,048 kes atau 98.4 peratus daripada 6,144 kes baharu yang dilaporkan pada Khamis adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya, 96 kes atau 1.6 peratus merupakan kategori tiga hingga lima.

Menurutnya, terdapat 12 kes import dikesan membabitkan 11 rakyat tempatan dan seorang warga asing menjadikan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 adalah 2,608,979 kes.

“Seramai 516 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 272 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan kes sembuh mengatasi kes baharu iaitu 6,602 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 2,510,029, bersamaan dengan 96.2 peratus..

“Tujuh lagi kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya, 5,913 kluster dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,678 kluster telah tamat manakala bakinya, 235 masih aktif.

“Hanya empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) di bawah nilai 1.0 di seluruh negara membabitkan Kelantan (0.99), Terengganu (0.98), Perlis (0.96) dan Sarawak (0.81) manakala selebihnya berada pada kadar antara 1.0 hingga 1.18 dan nilai Rt negara adalah 0.99,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here