![97.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksin setakat Selasa 97.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksin setakat Selasa](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/12/1358902-afeBO2.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/12/29/1358902.jpg)
KUALA LUMPUR – Sebanyak 22,846,708 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 23,142,519 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4 peratus atau 2,749,975 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,843,040 atau 90.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sejumlah 153,228 dos vaksin telah diberikan melibatkan 145,179 dos penggalak, dengan 4,653 dos kedua dan 3,396 dos pertama.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,112,114 dengan 5,727,151 daripadanya adalah dos penggalak. – Bernama