Home Koronavirus 97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

0
97.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 22,805,239 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Jumaat.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus atau 23,114,489 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa yang sama, 86.8 peratus atau 2,732,273 individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 90 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sementara itu, sebanyak 172,511 dos suntikan harian diberikan melibatkan 162,147 dos penggalak, 4,414 suntikan pertama dan 5,950 suntikan lengkap semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,563,359 dengan 4,274,115 daripadanya adalah dos penggalak. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here