Home Koronavirus 94.4 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

94.4 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

0
94.4 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR – Seramai 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Jumaat.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan pada Jumaat melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat Jumaat 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here