Home Koronavirus 9,180 kes harian Covid-19 direkodkan hari ini

9,180 kes harian Covid-19 direkodkan hari ini

9,180 kes harian Covid-19 direkodkan hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia terus memuncak dengan 9,180 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Jumaat.

Ia merupakan rekod baharu harian tertinggi setakat ini.

Selangor melaporkan sebanyak 4,400 kes baharu selari dengan aktiviti pengesanan kontak yang giat diadakan di beberapa mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 1,271 kes, diikuti Negeri Sembilan (899), Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323), Sarawak (315), Perak (241), Melaka (222), Kelantan (151) dan Pulau Pinang (142).

Terdapat empat negeri dan wilayah merekodkan kes di bawah 100 kes iaitu Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis (satu).

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia setakat Jumaat ialah 817,838 kes.

Sehingga 9 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,180 kes (817,838 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 4,400 (277,393)

WPKL – 1,271 (86,313)

Johor – 315 (74,037)

Sabah – 323 (71,791)

Sarawak – 406 (68,247)

Negeri Sembilan – 899 (51,213) pic.twitter.com/2shlNvCbXf

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 9, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here