PUTRAJAYA -Krisis Covid-19 semakin buruk apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 9,020 kes positif direkodkan hari ini.
Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama lima hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini, 558,534 kes.
Menurut beliau, semua negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan Selangor kekal negeri tertinggi iaitu 2,836.
AKAN MENYUSUL