Home Koronavirus 90 peratus pekerja hotel PD lengkap dos vaksin

90 peratus pekerja hotel PD lengkap dos vaksin

0
90 peratus pekerja hotel PD lengkap dos vaksin

PORT DICKSON – Sebanyak 90 peratus daripada 3,000 pekerja industri hotel dan pelancongan di Negeri Sembilan telah menerima suntikan dos lengkap vaksin Covid-19.

Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, industri perhotelan khususnya di Port Dickson kini bersedia menerima pengunjung selepas negeri ini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, semua pengusaha hotel di Negeri Sembilan, terutamanya yang berdaftar dengan MAH telah mengambil ketetapan bahawa hanya pekerja yang sudah lengkap vaksin sahaja dibenarkan bekerja.

“Selain wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kita juga mahu memastikan semua hotel yang dikunjungi berada dalam keadaan selamat, tidak ada perasaan ragu-ragu lagi terhadap pekerja hotel kerana mereka semua sudah divaksin.

“Ini termasuklah pekerja warga asing, walaupun tidak ramai tetapi meraka juga akan divaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program penyerahan bakul makanan kepada pekerja hotel yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di Kelab Golf dan Resort Port Dickson pada Isnin.

Dalam pada itu, Haziz memberitahu bermula 1 September, semua hotel yang berdaftar dengan MAH akan mula beroperasi secara penuh.

Katanya, buat masa sekarang ini, terdapat beberapa hotel yang sudah beroperasi secara berperingkat mengikut keupayaan hotel masing-masing.

“Setakat semalam, saya dimaklumkan sebanyak 30 peratus pengunjung mula datang menginap di hotel sekitar PD.

“Kita berharap peralihan fasa kedua ini dapat merancakkan kembali industri pelancongan di negeri ini, walaupun secara perlahan-lahan tetapi kita harap ia berterusan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here