Home Koronavirus 9 lokaliti di Sabah, dua di Pahang dikenakan PKPD

9 lokaliti di Sabah, dua di Pahang dikenakan PKPD

0
9 lokaliti di Sabah, dua di Pahang dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sembilan lokaliti di Sabah dan dua di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 1 September, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata, PKPD di Sabah melibatkan Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-Payas di Kota Belud, Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park di Penampang dan Kampung Iburu serta Kampung Meligan di Sipitang.

Turut terlibat Taman Ria Height di Tawau, Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9 di Lahad Datu serta Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1 di Beluran.

Rodzi berkata, di Pahang pula melibatkan lokaliti di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau di Temerloh dan Ladang Selbourne, Mukim Gua di Lipis.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKPD pada Selasa.

Beliau berkata, PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat pada Rabu dilanjutkan sehingga 25 Ogos.

Katanya, PKPD di empat lokaliti di Sabah, tiga di Terengganu serta masing-masing satu di Pahang dan Kelantan ditamatkan pada Rabu mengikut jadual.

Rodzi berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Banjar di Keningau, Kem 3 Sibulu di Tenom, Penampang Baru di Penampang dan Depot Tahanan Imigresen Tawau, manakala di Terengganu melibatkan Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendah 1 dan 2, Mukim Telok Kalong di Kemaman dan Mukim Manir di Kuala Terengganu.

Lokaliti di Pahang pula melibatkan Felda Krau 1, Mukim Gali di Raub dan di Kelantan ialah Kampung Banggol Pak Esah, Mukim Bukit Abai di Pasir Puteh. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here