Home Koronavirus 88 peratus remaja lengkap vaksinasi

88 peratus remaja lengkap vaksinasi

0
88 peratus remaja lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,768,673 atau 88 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam pada Selasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,858,109 atau 90.8 peratus daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,889,297 individu atau 97.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,172,722 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 27 kes kematian direkodkan semalam, dengan sembilan daripadanya adalah kematian di luar hospital. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here