Home Koronavirus 88 kontak rapat positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari di Putrajaya

88 kontak rapat positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari di Putrajaya

88 kontak rapat positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari di Putrajaya

PUTRAJAYA – Sebanyak 88 kontak rapat disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari sehingga Selasa dalam lokaliti Putrajaya.

Berdasarkan data pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 di Putrajaya sehingga 8 Februari, terdapat 141 kes positif direkodkan bagi tempoh tersebut.

Ia melibatkan 133 kes tempatan dan lapan kes import.

Selain kontak rapat, angka itu disumbangkan oleh 43 saringan bergejala, tiga kes daripada lain-lain saringan dan masing-masing satu kes Kluster Jalan Putra 11 dan Kluster Kluster Dua Jalan Yaacob Latif.

Jumlah keseluruhan kes positif di wilayah itu adalah 10,894 dan 833 kes aktif.

Tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi mahupun memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Presint 9 merekodkan kes semasa tertinggi iaitu 215, diikuti Presint 11 (136), Presint 5 (84), Presint 17 (75), Presint 14 (61), Presint 18 (54), Presint 8 (53), Presint 15 (42), Presint 16 (42), Presint 6 (39), Presint 12 (lapan) dan Presint 1 (enam).

Tiada kes semasa direkodkan di Presint 2, 3, 7 dan 19 dan jumlah keseluruhan kes semasa adalah 833 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here