Home Koronavirus 86 lagi kes kematian, 355 di ICU

86 lagi kes kematian, 355 di ICU

0
86 lagi kes kematian, 355 di ICU

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 86 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Khamis.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 33,028 orang daripada lebih 5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 28 daripada 86 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, KKM melaporkan 32,467 ke baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak tersebut sebanyak 5,537,137 kes.

Terdapat 298,231 kes aktif Covid-19 di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 286,097 individu atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,457 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 8,322 kes dirawat di hospital dan 355 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 208 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 147 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here