Home Koronavirus 83 kluster libatkan sektor pendidikan

83 kluster libatkan sektor pendidikan

83 kluster libatkan sektor pendidikan

PUTRAJAYA – Sebanyak 83 kluster Covid-19 dengan 4,868 kes positif Covid-19 melibatkan sektor pendidikan seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah tersebut dicatatkan dari 1 Januari sehingga Selasa.

“Daripada 83 kluster tersebut, sebanyak 49 kluster dengan 2,617 kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, daripada jumlah kluster tersebut juga, sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan subkategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebanyak 19 kluster dengan 1,870 kes melibatkan subkategori Pendidikan Tinggi dan 25 kluster dengan 1,578 kes melibatkan subkategori pendidikan lain,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 34 kluster dengan 2,251 kes telah diisytiharkan tamat.

“KKM menyambut baik komitmen semua sektor pendidikan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran dan latihan secara berterusan dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Adham berkata, KKM mengingatkan semua pihak sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan Covid-19.

“Nasihat umum KKM perlu sentiasa diamalkan sebelum, semasa, dan selepas waktu pembelajaran atau latihan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here