Home Koronavirus 828 rakyat Malaysia di luar negara positif Covid-19

828 rakyat Malaysia di luar negara positif Covid-19

0
828 rakyat Malaysia di luar negara positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Seramai 828 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara disahkan dijangkiti wabak Covid-19 sejak tahun lepas, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata, angka itu melibatkan rakyat Malaysia yang berada di 38 negara termasuk negara jiran Singapura.

“Mengikut rekod, masih ada lagi rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu dan ramai juga yang dijangkiti sudah sembuh.

“Namun, jumlah rakyat kita yang disahkan positif Covid-19 di setiap negara tersebut adalah sedikit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Malaysia Prihatin di Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada Sabtu.

Mengenai perkembangan situasi rakyat Malaysia di Chile susulan perintah kuarantin di negara berkenaan, Kamarudin berkata, setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata, pihak Kedutaan Malaysia di Chile terus memantau situasi terkini dan sentiasa berhubung dengan rakyat terlibat dan keluarga mereka di tanah air.

“Setakat ini, tiada rakyat kita di Chile yang dijangkiti Covid-19,” katanya.

Isnin lepas, kerajaan Chile mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula Selasa berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara berkenaan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here