Home Koronavirus 8,209 kes positif, Selangor penyumbang utama

8,209 kes positif, Selangor penyumbang utama

8,209 kes positif, Selangor penyumbang utama

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi info grafik status terkini Covid-19 melaporkan 8,209 kes baharu positif Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah itu, Selangor menjadi penyumbang utama statistik kes harian Covid-19 dengan 3,125 kes diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594) dan Negeri Sembilan (576) serta Kelantan (414).

Sementara itu, Perak melaporkan 384 kes, Kedah (373), Melaka (322), Pulau Pinang (303), Sabah (203), Pahang (135) dan Terengganu (127).

Negeri dan wilayah yang merekodkan hanya dua digit kes baharu adalah Labuan (62), Putrajaya (33) dan Perlis (lima) manakala jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 595,374.

Pecahan kes baharu (8,209)#LockdownKendiri#BantuSistemKesihatanNegara#COVID19#Stayhome pic.twitter.com/LjZ4NYHQT2

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 3, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here