Home Koronavirus 8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

0
8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690). – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 3 Julai 2021 ialah 8,800,700 dos.

217,807 dos pada 3 Julai.

Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,261,014 orang. Daripada jumlah itu, 2,539,686 orang juga terima dos kedua.

Daftar di MySejahtera https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/3aDh0siGrT

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 4, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here