KUALA LUMPUR – Seramai 18,135,561 individu atau 77.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat Jumaat, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Sabtu, JKJAV memaklumkan setakat Jumaat juga, sebanyak 92.9 peratus atau 21,861,904 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“Sebanyak 238,002 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 162,016 dos pertama dan 75,986 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 39,923,416 dos,” kata kenyataan itu.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama