Home Koronavirus 7,556 orang asli Negeri Sembilan lengkap dua dos vaksin Covid-19

7,556 orang asli Negeri Sembilan lengkap dua dos vaksin Covid-19

0
7,556 orang asli Negeri Sembilan lengkap dua dos vaksin Covid-19

SEREMBAN- Seramai 7,556 orang asli di Negeri Sembilan sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 setakat 17 November lepas.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, jumlah penduduk orang asli di negeri ini adalah seramai 14,206 dan daripada jumlah itu seramai 8,368 penduduk berumur 18 tahun ke atas.

“Seramai 7,664 individu pula telah menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya dos pertama.

“Seperti di Jempol, seramai 2,013 daripada 2,285 penduduk orang asli telah lengkap divaksin, Seremban 1,680 daripada 1,835 orang asli lengkap divaksin manakala di Jelebu seramai 1,642 daripada 1,801 orang asli telah terima dos kedua,” katanya pada sesi pertanyaan di persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Razi Mohd Ali (BN- Sungai Lui) mengenai perincian terkini masyarakat orang asli yang telah divaksin, usaha dan perancangan bagi yang belum serta enggan divaksin.

Veerapan berkata, bagi daerah Kuala Pilah, seramai 1,271 daripada 1,447 orang asli telah menerima dos kedua, Port Dickson seramai 301 orang daripada 329 manakala Tampin 191 daripada 216 telah menerima dos kedua.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan masyarakat orang asli menerima dos vaksin Covid-19.

“Antaranya menjalankan kolaboratif bersama agensi termasuk pejabat daerah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin setempat selain meningkatkan liputan outreach ke penempatan orang asli.

“Di samping itu, kami juga memberi suntikan awal kepada tok batin bagi meningkatkan kepercayaan terhadap vaksin Covid-19 dan pemberian vaksin bagi orang asli yang terlantar di rumah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here