Home Koronavirus 7,000 unit pulse oximeter diagihkan kepada CAC di Selangor

7,000 unit pulse oximeter diagihkan kepada CAC di Selangor

0
7,000 unit pulse oximeter diagihkan kepada CAC di Selangor

SHAH ALAM – Sebanyak 7,000 unit pulse oximeter iaitu alat membaca kadar oksigen dalam darah akan diagihkan kepada Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Selangor dalam memudahkan urusan pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pemberian pulse oximeter itu adalah selaras dengan peruntukan RM1.25 juta bagi penyediaan Home Assessment Tool (HAT) menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan 9 Jun lalu.

Sehingga kini, Dr Siti Mariah berkata, pihaknya telah menyerahkan 1,000 unit pulse oximeter kepada CAC Daerah Petaling yang akan mula diagihkan kepada pesakit kategori satu dan dua yang menjalani kuarantin di rumah.

Katanya, bagi memastikan pengurusan kit dan kaedah pemantauan dapat diselaraskan lebih efisien, setiap kit HAT akan diserahkan kepada pesakit Covid-19 menerusi CAC Daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak yang menggunakan aplikasi SELangkah.

“Petugas kesihatan di pusat terlibat akan menilai dan menentukan pesakit layak terima kit HAT berdasarkan tahap kesihatan mereka.

“Selain memberi manfaat kepada pesakit, ia menyasarkan untuk meringankan beban dan kesesakan di CAC dan pejabat kesihatan daerah (PKD),” katanya pada sidang akhbar penyerahan 1,000 pulse oximeter kepada CAC Petaling, di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Dr Siti Mariah berkata, negeri ini memerlukan lebih ramai vaksinator untuk mempercepatkan proses vaksinasi memandangkan lebih empat juta dos vaksin akan diterima Selangor pada bulan ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari menerusi ciapan di Twitternya @AmirudinShari memaklumkan pertambahan kes positif harian di Selangor adalah susulan saringan menyeluruh di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di negeri ini.

“Jumlah kes yang tinggi di Selangor antaranya akibat saringan menyeluruh di kawasan PKPD yang menyumbang kepada kes kumulatif berjumlah 1,346 kes serta saringan kontak rapat daripada kes positif di PKPD,” katanya.

Sebanyak 8,868 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang 4,152 kes adalah di Selangor. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here