Home Koronavirus 694 individu ditahan ingkar SOP PKP

694 individu ditahan ingkar SOP PKP

0
694 individu ditahan ingkar SOP PKP

SHAH ALAM – Seramai 694 individu ditahan pada Isnin atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 685 individu dikompaun, lapan direman manakala satu lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal iaitu sebanyak 179 kes, gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (166) dan tidak memakai pelitup muka (129).

“Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (63), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (58) dan lain-lain kesalahan pula adalah sebanyak 99 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengenai Operasi Benteng (Ops Benteng), Ismail Sabri berkata, seramai lima pendatang tanpa izin diberkas manakala dua bot/kapal dan dua kenderaan darat dirampas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here