Home Koronavirus 67.3 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

67.3 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

0
67.3 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR – Seramai 15,832,244 individu dewasa atau 67.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Jumaat.

Berdasarkan laman web CovidNow, sejumlah 22,954,072 individu atau 97.6 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,229,777 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,852,606 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,948,935 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,625 individu telah melengkapkan vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), manakala 1,338,696 individu atau 37.7 peratus daripada kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sebanyak 35,001 dos vaksin telah diberikan semalam meliputi 10,076 dos pertama, 2,662 dos kedua dan 22,263 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,945,825.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 30 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan Johor mencatatkan lapan kes, diikuti Negeri Sembilan dengan empat kes, Kedah dan Melaka masing-masing tiga kes serta dua kes masing-masing di Perak, Perlis dan Sarawak.

Selain itu, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan, masing-masing merekodkan satu kes kematian. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here