SHAH ALAM – Sebanyak 64 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri turut memberi amaran keras kepada majikan dan kerajaan tidak teragak-agak untuk menutup operasi premis atau kilang yang melanggar prosedur SOP.
Tambahnya, pekerja diminta lapor kepada pihak berkuasa sekiranya majikan beroperasi tanpa kebenaran atau tidak sediakan tempat kerja yang mematuhi SOP.
AKAN MENYUSUL