Home Koronavirus 6.94 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

6.94 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

0
6.94 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

JUMLAH dos vaksin Covid-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini menghampiri 7 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah terkini dos vaksin yang didaftar atau disuntik secara global ialah 6.94 bilion.

China mendahului dengan lebih 2.25 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 414 juta dos vaksin.

Brazil catat lebih 271 juta dos sementara Jepun melebihi 187 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 188 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 72 juta, Filipina 57 juta, dan Malaysia 49 juta.

Singapura setakat ini mencatat lebih 10 juta dos vaksin sudah didaftarkan. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here