Home Koronavirus 59 korban baharu Covid-19

59 korban baharu Covid-19

59 korban baharu Covid-19

PUTRAJAYA- Seramai 59 orang menjadi korban baharu akibat Covid-19 pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 10 kes merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini adalah 29,486.

Sarawak melaporkan jumlah kematian tertinggi iaitu 12 kes diikuti Sabah (11), Perak (lapan), Kedah (lima), Kelantan (empat), Pulau Pinang (empat), Terengganu (empat), Selangor (tiga), Kuala Lumpur (tiga), Johor (dua) manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Tiada kes kematian Covid-19 dilapor di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, bagi penularan kes positif baharu, Selangor satu-satunya negeri mencatatkan jangkitan melebihi 1,000 iaitu 1,597 kes.

Kelantan pula merekodkan 806 kes, Sabah (573), Johor (485), Sarawak (480), Kedah (438), Pahang (367), Kuala Lumpur (323), Pulau Pinang (318), Terengganu (273), Perak (200), Negeri Sembilan (199), Melaka (125), Perlis (33), Putrajaya (19) dan Labuan (tujuh).

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,522,498.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here