Home Koronavirus 58 kes lagi disahkan Omicron

58 kes lagi disahkan Omicron

58 kes lagi disahkan Omicron

PUTRAJAYA – Sebanyak 58 kes positif Covid-19 disahkan varian Omicron melalui jujukan genom penuh (WGS) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu, 54 kes merupakan jangkitan import manakala empat lagi adalah penularan tempatan.

“Dengan keputusan terbaharu ini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 yang dikesan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak 122 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas mengenai empat penularan tempatan, beliau berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku di Kedah pada Selasa (4 Januari).

“Keempat-empat kes merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 varian Omicron yang pulang dari mengerjakan umrah di Arab Saudi pada 12 Disember lalu dan disahkan positif varian Omicron pada 24 Disember 2021,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here