PETALING JAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 30,644 kes baharu dengan 57 lagi kematian akibat Covid-19 pada Jumaat.
Menerusi data KKM di portal CovidNow, 30,387 kes adalah penularan tempatan dengan 257 kes import.
KKM juga memaklumkan daripada 57 kematian itu, 14 diklasifikasikan sebagai kes kematian di luar hospital (BID) dan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 32,591 orang.
Johor melaporkan 14 kematian, diikuti Sabah (8), Perak (6), Kedah (5), Melaka (5), Selangor (5), Pahang (3), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), Perlis ( 2), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1), Pulau Pinang (1) dan Sarawak (1).
Sehingga tengah malam, terdapat 294,430 kes aktif, dengan 7,949 dimasukkan ke hospital. Daripada jumlah ini, 332 berada di unit rawatan rapi (ICU), 196 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 22,678 kes pulih dilaporkan.