Home Koronavirus 5,671 individu terima suntikan vaksin di Kedah setakat Sabtu

5,671 individu terima suntikan vaksin di Kedah setakat Sabtu

0
5,671 individu terima suntikan vaksin di Kedah setakat Sabtu

PENDANG – Seramai 5,671 orang di negeri ini khususnya petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama setakat Sabtu.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Hayati Othman berkata, penerima suntikan vaksin terbanyak setakat ini ialah daripada daerah Kota Setar.

Beliau berkata, bilangan penerima suntikan vaksin di negeri ini pada setiap hari boleh ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

“Malah, ada pegawai kesihatan berusaha meningkatkan jumlah individu yang divaksin sehingga 1,000 orang setiap hari.

“Bagi seluruh Kedah, saya jangkakan ada lebih 1.2 juta orang yang perlu divaksin. Kita harap jumlah ini dapat capai sasaran mengikut jadual ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Suntikan Vaksin Covid-19 di Dewan Cenderawasih di sini pada Ahad.

Susulan itu, Dr Hayati berkata, rakyat diminta untuk mendaftar segera sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui mana-mana kaedah sama ada pendaftaran dalam MySejahtera, laman web ataupun talian hotline yang disediakan.

Beliau juga meminta anak-anak supaya membantu ibu bapa mereka yang tidak mahir menggunakan gajet bagi pendaftaran menerima suntikan vaksin tersebut ataupun mendaftarkan nama di pejabat kesihatan.

“Kita lihat tiada gejala membimbangkan ditunjukkan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan. Beberapa negara luar juga menunjukkan penurunan kes selepas menerima suntikan vaksin,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, beliau bersama dengan sekumpulan petugas barisan hadapan menerima vaksin Covid-19 pada Ahad.

Menurut Awang, beliau tidak mengalami sebarang gejala atau kesan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here