PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5,566 kes positif baharu Covid-19 di seluruh negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan 627,652 jumlah keseluruhan kes.
“Selangor merekodkan 1,524 kes positif diikuti Sarawak (707), Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466), Johor (456) dan Sabah (305) serta Melaka (314),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.
Menurutnya, Perak melaporkan (225), Kelantan (204), Labuan (191), Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (143) dan Terengganu (106).
Sementara, Putrajaya melaporkan 27 kes dan satu kes direkodkan di Perlis.
AKAN MENYUSUL
Sehingga 8 Jun 2021 Jumlah kes COVID-19 adalah 5,566 kes (627,652 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,524 (205,044)
Sabah – 350 (64,556)
WPKL – 466 (63,838)
Johor – 456 (62,354)
Sarawak – 707 (52,581)
P Pinang – 185 (31,091)
N Sembilan – 505 (31,048) pic.twitter.com/dmPCb6ghc0
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 8, 2021