Home Koronavirus 5,566 kes baharu Covid-19 hari ini

5,566 kes baharu Covid-19 hari ini

0
5,566 kes baharu Covid-19 hari ini

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes harian Covid-19 pada Isnin meningkat kepada 5,566 berbanding 4,774 kes pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 berjumlah 2,876,324.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 5,515 kes atau 99.1 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua manakala 51 kes lagi kategori tiga, empat dan lima.

“Kes tempatan yang direkodkan sebanyak 5,339 kes dengan 5,194 daripadanya adalah warga tempatan manakala 145 lagi bukan warganegara.

“Manakala 227 kes import pula dikesan dengan 101 daripadanya warganegara dan 126 lagi bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula sebanyak 3,187 sekaligus menjadikan kes kumulatif pulih kepada 2,787,190.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak tujuh kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kluster kepada 6,434 kluster dengan 318 daripadanya adalah kluster aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar jangkitan (Rt) Covid-19 negara pada Isnin ialah 1.15.

Tambahnya, sebanyak 113 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 kes disahkan Covid-19 dan 23 lagi disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“59 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here