PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 5,516 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu kes positif Covid-19 yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,407,382.
AKAN MENYUSUL
Sehingga 20 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,516 kes (2,407,382 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 20, 2021