Home Koronavirus 543 kes baharu Covid-19, 4 kematian

543 kes baharu Covid-19, 4 kematian

0
543 kes baharu Covid-19, 4 kematian

Malaysia merekodkan 543 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 543 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan empat daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,870 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 11,415 kes dengan 10,828 atau 94.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 554 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 33 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 14 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 688 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,981,052 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here