Home Koronavirus 5,244 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

5,244 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

5,244 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,244 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 711,006.

Beliau berkata, Selangor kekal merekod kes tertinggi iaitu 2,001 kes diikuti Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245), Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159) dan Sabah (129).

Negeri lain mencatatkan angka di bawah 100 iaitu Kelantan dengan 81 kes, Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) dan Perlis (1).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here