Home Koronavirus 5,150 kes baharu positif Covid-19

5,150 kes baharu positif Covid-19

5,150 kes baharu positif Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,150 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Menerusi ciapan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes iaitu 1,914.

Menurut beliau, ia diikuti oleh Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152) dan Labuan (101).

“Terdapat enam negeri dan wilayah melaporkan kes masing-masing di bawah 100.

“Ia adalah Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (lapan) dan Putrajaya (enam).

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 673,026,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here