![51.1 peratus populasi Malaysia kini lengkap divaksin 51.1 peratus populasi Malaysia kini lengkap divaksin](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/09/1199247-5gx8mo.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/09/10/1199247.jpg)
KUALA LUMPUR – Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Jumaat, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan
.
Sebanyak 322,346 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama