Home Koronavirus 49 kematian Covid-19, 14 BID

49 kematian Covid-19, 14 BID

49 kematian Covid-19, 14 BID

PUTRAJAYA- Sebanyak 49 kematian baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan pada Khamis dengan 14 daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Berdasarkan data dari GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya empat negeri dan dua wilayah sifar kematian iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Labuan serta Putrajaya.

Sabah merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 12 kes disusuli Perak (sembilan), Selangor (tujuh), Sarawak (tujuh), Terengganu (enam), Kelantan (tiga) dan Johor (dua).

Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing catat satu kes kematian.

Bagi kes BID, ia direkodkan tujuh kes di Sabah, Perak dan Sarawak masing-masing tiga kes dan satu di Selangor.

Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 29,535 kes.

Sementara itu, bilangan kes aktif merekodkan pertambahan sebanyak 937 kes menjadikan jumlah keseluruhannya, 63,827 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 49,714 pesakit atau 77.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 7,945 kes atau 12.4 peratus pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 5,630 atau 8.8 peratus dirawat di hospital.

Terdapat 264 kes berada di unit rawatan rapi dan 274 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here