Home Koronavirus 4,743 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 1,566 kes

4,743 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 1,566 kes

0
4,743 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 1,566 kes

SHAH ALAM – Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat hari ini iaitu sebanyak 4,743 berbanding pada Isnin yang mencatatkan sebanyak 4,611 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia setakat ini sebanyak 705,762.

Daripada jumlah tersebut, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,566 kes.

Katanya, ia diikuti oleh Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165),Kedah (142), Perak (68), Pahang (131), Labuan (104), Terengganu (37) dan Putrajaya (7) dan Perlis (dua).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here