Home Koronavirus 474 kes baharu Covid-19, empat kematian

474 kes baharu Covid-19, empat kematian

0
474 kes baharu Covid-19, empat kematian

Malaysia merekodkan 474 kes baharu Covid-19 pada Rabu. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 474 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,845 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 12,920 kes, dengan 12,213 atau 94.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 666 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 41 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 957 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,975,137 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here