Home Koronavirus 455 juta orang dijangkiti, enam juta maut dalam tempoh dua tahun

455 juta orang dijangkiti, enam juta maut dalam tempoh dua tahun

0
455 juta orang dijangkiti, enam juta maut dalam tempoh dua tahun

KUALA LUMPUR – “Masih belum berakhir.”

Ini senario terkini selepas dua tahun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 yang setakat ini menjangkiti lebih 455 juta orang di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada 9 Mac lepas mengingatkan, pandemik Covid-19 masih jauh untuk dianggap telah berakhir, meskipun jumlah kes serta kematian di seluruh dunia menunjukkan penurunan, dan beberapa negara menarik balik pelbagai sekatan.

“Pandemik ini tidak akan berakhir di mana-mana sehingga ianya berakhir di mana-mana. Banyak negara di Asia dan Pasifik masih menghadapi peningkatan kes serta kematian.

“Virus ini terus berevolusi dan kita terus mengalami halangan besar untuk mengedarkan vaksin, ujian serta rawatan di mana-mana yang diperlukan, ” katanya dalam sidang akhbar yang dibuat secara maya di Geneva, Switzerland.

Untuk rekod, Covid-19 (yang sebelum ini dikenali sebagai virus 2019-nCoV) pertama kali dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Disember 2019.

Senario di Malaysia, setakat jam 11:59 malam 11 Mac 2022, kes kumulatif Covid-19 meningkat kepada 3,774,786 dengan kes kumulatif kematian sebanyak 33,643 kes. Kes pertama 2019-nC0V di Malaysia diumumkan pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu melaporkan, sebanyak 32,800 lagi kes harian baharu Covid-19 direkod pada 11 Mac termasuk 541 kes import (93.0 peratus atau 503 melibatkan warganegara).

Dengan kes kumulatif sebanyak 3,774,786, Malaysia kini di tangga 22 daripada 226 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19.

Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas, dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima yang amat rendah iaitu 0.7 peratus.

Di samping itu, sebahagian besar Keluarga Malaysia vaksinasi lengkap serta dos penggalak menerusi program-program vaksinasi khususnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), PICK Remaja dan PICKids. Sehingga 7 Mac 2022, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di dalam negara ialah 98.7 peratus; manakala kadar vaksinasi dos penggalak bagi populasi dewasa ialah 64 peratus.

Data CovidNow KKM setakat jam 11:59mlm 11 Mac 2022 menunjukkan kes aktif Covid-19 sebanyak 322,700 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 310,351 kes (96.2 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 3,111 kes (1.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 8,858 kes (2.7 peratus) di hospital; 149 kes (0.0 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 231 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Rekod kes harian baharu KKM bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (5 Mac hingga 11 Mac 2022) seperti berikut:-

5 Mac (33,406), 6 Mac ( 27,435), 7 Mac (26,856), 8 Mac (31,490), 9 Mac (30,246), 10 Mac ( 30,787) dan 11 Mac (32,800).

Berikut negeri yang mencatat kes empat angka sepanjang tempoh Rangkuman ini:-

5 Mac – Johor (2,713), Kedah (2,946), Kelantan (1,550), Negeri Sembilan (1,565), Pahang (1,529), Perak (1,491), Pulau Pinang (2,621), Sabah (1,778), Sarawak (1,445), Selangor (9,651) dan WP Kuala Lumpur (3,603).

6 Mac – Johor (2,348), Kedah (2,721), Kelantan (1,279), Negeri Sembilan (1,565), Pahang (1,844), Perak (1,262), Pulau Pinang (1,663), Sabah (1,515), Sarawak (1,244), Selangor (7,012) dan WP Kuala Lumpur (2,685).

7 Mac – Johor (2,049), Kedah (2,884), Kelantan (1,896), Negeri Sembilan (1,575), Pahang (1,858), Perak (1,142), Pulau Pinang (1,836), Sabah (1,235), Selangor (6,757), Terengganu (1,270) dan WP Kuala Lumpur (2,181).

8 Mac – Johor (1,721), Kedah (3,015), Kelantan (1,647), Negeri Sembilan (1,883), Pahang (1,409), Perak (1,279), Pulau Pinang (2,425), Sabah (1,216), Sarawak (1,903), Selangor (8,095), Terengganu (1,277) dan WP Kuala Lumpur (4,527).

9 Mac – Johor (2,986), Kedah (3,179), Kelantan (1,691), Negeri Sembilan (1,798), Pahang (1,529), Perak (1,442), Pulau Pinang (2,462), Sabah (1,352), Sarawak (1,727), Selangor (6,606), Terengganu (1,283) dan WP Kuala Lumpur (2,856).

10 Mac – Johor (2,120), Kedah ( 2,927), Kelantan (1,637), Negeri Sembilan (2,115), Pahang ( 1,601), Perak (1,469), Pulau Pinang (2,773), Sabah (1,154), Sarawak (1,963), Selangor (7,525), Terengganu (1,236) dan WP Kuala Lumpur (2,919).

11 Mac – Johor (2,566), Kedah (2,508), Kelantan (1,580), Negeri Sembilan (1,973), Pahang ( 2,006), Perak (1,494), Pulau Pinang (2,750), Sabah (1,176), Sarawak (1,745), Selangor (9,120), Terengganu (1,100) dan WP Kuala Lumpur (3,349).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar pada Sabtu, daripada 32,800 kes harian baharu, kategori satu sebanyak 12,726 kes (38.80 peratus); kategori dua sebanyak 19,891 kes (60.64 peratus); kategori 3 sebanyak 70 kes (0.21 peratus); kategori 4 sebanyak 78 kes (0.24 peratus) kategori empat dan kategori lima sebanyak 35 kes (0.11 peratus).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori lima. Kategori empat untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Sebanyak 24,444 kes sembuh pesakit Covid-19, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 3,418,443 kes (90.6 peratus).

Sebanyak 165 kes di ICU disahkan sebagai Covid-19 setakat Jumaat dan 102 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini melepasi paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

5 Mac (1.05), 6 Mac (1.05), 7 Mac (1.05), 8 Mac (1.07), 9 Mac (1.06), 10 Mac (1.04) dan 11 Mac (1.03).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 11 Mac 2022 adalah Sarawak (1.34), WP Kuala Lumpur (1.16) dan Terengganu (1.13).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

5 Mac (311,206), 6 Mac (308,251), 7 Mac (304,304), 8 Mac (306,680), 9 Mac (310,160),

10 Mac ( 314,420) dan 11 Mac (322,700).

Perincian kes harian baharu 32,800 kes (+541 kes import) mengikut negeri, setakat jam 11:59mlm 11 Mac 2022, adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Johor 2,553 (+13), Kedah 2,449 (+59), Kelantan 1,550 (+30), Negeri Sembilan 1,971 (+2), Pahang 1,956 (+50), Perak 1,423 (+71), Pulau Pinang 2,743 (+7), Sabah 1,174 (+2), Sarawak 1,742 (+3), Selangor 8,971 (+149), Terengganu 1,071 (+29), dan WP Kuala Lumpur 3,285 (+64).

K​​​​es harian baharu tiga angka – Melaka 796 (+42), Perlis 247 (+4), WP Labuan 111 (+2) dan WP Putrajaya 217 (+14).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

5 Mac – Kes baharu: 33,406 kes (3,595,172 kes kumulatif); Kes import: 342 kes [282 warganegara

(82.5 peratus); 60 bukan warganegara (17.5 peratus)]; Kes tempatan: 33,064 kes [32,074 warganegara

(97.0 peratus); 990 bukan warganegara (3.0 peratus)];

6 Mac – Kes baharu: 27,435 kes (3,622,607 kes kumulatif); Kes import: 254 kes [232 warganegara

(91.3 peratus); 22 bukan warganegara (8.7peratus)]; Kes tempatan: 27,181 kes [26,263 warganegara

(96.6 peratus); 918 bukan warganegara (3.4 peratus)];

7 Mac – Kes baharu: 26,856 kes (3,649,463 kes kumulatif); Kes import: 211 kes [193 warganegara

(91.5 peratus); 18 bukan warganegara (8.5 peratus)]; Kes tempatan: 26,645 kes [25,955 warganegara

(97.4 peratus); 690 bukan warganegara (2.6 peratus)];

8 Mac – Kes baharu: 31,490 kes (3,680,953 kes kumulatif); Kes import: 473 kes [384 warganegara

(81.2 peratus); 89 bukan warganegara (18.8 peratus)]; Kes tempatan: 31,017 kes [30,163 warganegara

(97.2 peratus); 854 bukan warganegara (2.8 peratus)];

9 Mac – Kes baharu: 30,246 kes (3,711,199 kes kumulatif); Kes import: 418 kes [388

warganegara (92.8 peratus); 30 bukan warganegara (7.2 peratus)]; Kes tempatan: 29,828 kes [29,029

warganegara (97.3 peratus); 799 bukan warganegara (2.7 peratus)];

10 Mac – Kes baharu: 30,787 kes (3,741,986 kes kumulatif); Kes import: 608 kes [564

warganegara (92.8 peratus); 44 bukan warganegara (7.2 peratus)]; Kes tempatan: 30,179 kes [29,295

warganegara (97.1 peratus); 884 bukan warganegara (2.9 peratus)];

11 Mac – Kes baharu: 32,800 kes (3,774,786 kes kumulatif); Kes import: 541 kes [503

warganegara (93.0 peratus); 38 bukan warganegara (7.0 peratus)]; Kes tempatan: 32,259 kes [31,232

warganegara (96.8 peratus); 1,027 bukan warganegara (3.2 peratus)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Jumaat 11 Mac 2022 sebanyak 405 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 6,873 kluster dikesan dan 6,468 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, berdasarkan data KKM, sebanyak 47 kluster baharu direkod. Kluster terbanyak adalah pendidikan 20 kluster (42.5 peratus). Ini diikuti tempat kerja 14 (29.8 peratus), kumpulan berisiko tinggi 7 (14.8 peratus), pusat tahanan 4 (8.5 peratus) dan komuniti 2 (4.3 peratus).

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

5 Mac – 11 ( tempat kerja 5, pendidikan 2, kumpulan berisiko tinggi 3 dan pusat tahanan 1);

6 Mac – 4 ( tempat kerja 2 dan pendidikan 2 );

7 Mac – 8 (tempat kerja 2, pendidikan 5 dan pusat tahanan 1);

8 Mac – 11 (tempat kerja 3, komuniti 1, pendidikan 6 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

9 Mac – 5 (pendidikan 3, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

10 Mac – 4 ( tempat kerja 1, komuniti 1, pendidikan 1 dan pusat tahanan 1);

11 Mac – 4 (tempat kerja 1, pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 2).

Perkembangan lain dalam negara

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

* Kategori lima dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Daripada 33,406 kes harian yang dilaporkan pada 5 Mac 2022:

Kategori 1: 13,157 kes (39.39 peratus);

Kategori 2: 20,035 kes (59.97 peratus);

Kategori 3: 92 kes (0.28 peratus);

Kategori 4: 69 kes (0.20 peratus); dan

Kategori 5: 53 kes (0.16 peratus).

Daripada 27,435 kes harian yang dilaporkan pada 6 Mac 2022:

Kategori 1: 9,756 kes (35.56 peratus);

Kategori 2: 17,495 kes (63.77 peratus);

Kategori 3: 89 kes (0.33 peratus);

Kategori 4: 53 kes (0.19 peratus); dan

Kategori 5: 42 kes (0.15 peratus).

Daripada 26,856 kes harian yang dilaporkan pada 7 Mac 2022:

Kategori 1: 10,160 kes (37.83 peratus);

Kategori 2: 16,508 kes (61.47 peratus);

Kategori 3: 81 kes (0.30 peratus);

Kategori 4: 57 kes (0.21 peratus); dan

Kategori 5: 50 kes (0.19 peratus).

Daripada 31,490 kes harian yang dilaporkan pada 8 Mac 2022:

Kategori 1: 12,692 kes (40.30 peratus);

Kategori 2: 18,623 kes (59.14 peratus);

Kategori 3: 62 kes (0.20 peratus);

Kategori 4: 52 kes (0.17 peratus); dan

Kategori 5: 61 kes (0.19 peratus).

Daripada 30,246 kes harian yang dilaporkan pada 9 Mac 2022:

Kategori 1: 9,797 kes (32.39 peratus);

Kategori 2: 20,226 kes (66.87 peratus);

Kategori 3: 115 kes (0.38 peratus);

Kategori 4: 54 kes (0.18 peratus); dan

Kategori 5: 54 kes (0.18 peratus).

Daripada 30,787 kes harian yang dilaporkan pada 10 Mac 2022:

Kategori 1: 10,921 kes (35.47 peratus);

Kategori 2: 19,642 kes (63.80 peratus);

Kategori 3: 93 kes (0.30 peratus);

Kategori 4: 74 kes (0.24 peratus); dan

Kategori 5: 57 kes (0.19 peratus).

Daripada 32,800 kes harian yang dilaporkan pada 11 Mac 2022:

Kategori 1: 12,726 kes (38.80 peratus);

Kategori 2: 19,891 kes (60.64 peratus);

Kategori 3: 70 kes (0.21 peratus);

Kategori 4: 78 kes (0.24 peratus); dan

Kategori 5: 35 kes (0.11 peratus).

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

5 Mac (27,143), 6 Mac (30,335), 7 Mac (30,726), 8 Mac (29,035), 9 Mac (26,653),

10 Mac (26,457) dan 11 Mac (24,444).

* kes kumulatif sembuh sehingga 11 Mac 2022 sebanyak 3,418,443 (90.6 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

5 Mac – 67 (BID 23), 6 Mac – 55 (BID 16), 7 Mac – 77 (BID 26), 8 Mac – 79 (BID 19 ), 9 Mac – 113 (BID 41), 10 Mac – 70 (BID 19 ) dan 11 Mac – 76 (BID 21).

*Jumlah kes kematian sehingga 11 Mac 2022, sebanyak 33,643 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 455,049,794 kes (Rangkuman Mingguan lalu 443,690,723 kes) dengan 6,057,195 kematian (Minggu lalu 6,008,720 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 388,979,787 kes berbanding minggu lalu, 376,599,482 kes.

Sebanyak 227 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, United Kingdom, Rusia, Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 81,153,051 (+37,345);

India 42,987,461 (+3,200);

Brazil 29,305,114 (+55,211);

Perancis 23,381,279 (+72,399);

United Kingdom 19,530,485 (+72,828);

Rusia 17,242,043 (+50,743);

Jerman 16,881,948 (+245,342);

Turki 14,513,774 (+25,401);

Itali 13,268,459 (+53,127);

Sepanyol 11,223,974 (+19,849).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 124 dengan 112,940 kes (+555 kes harian baharu).

Di samping Malaysia, negara lain di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 121 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 15 – 5,864,010 (+16,110);

Vietnam di tangga 20 – 5,448,935 (169,114);

Malaysia di tangga 22 – 3,774,786 (+32,800);

Filipina di tangga 25 – 3,669,523 (+tiada maklumat);

Thailand di tangga 33 – 3,136,649 (+24,792);

Singapura di tangga 60 – 917,103 (+15,345);

Myanmar di tangga 77 – 604,219 (+956);

Laos di tangga 116 – 145,507 (+413);

Kampuchea di tangga 117 – 133,738 (+237);

Brunei di tangga 125 – 106,936 (+2,914)

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here